Rahsia Produk Pre-order China di dalam Shopee

Shopee adalah satu platform yang sudah terkenal di Malaysia. Di awal kemunculannya pada tahun 2015 dahulu, aku telah dapat join Free Shipping program mereka pada ketika itu yang memang 100% free shipping. Tp kini, free shipping tu bersyarat dan terpilih sahaja. Heee. (sedih sebab aku yang dah join lama ni pun masih tak berjaya macam org2 lain yang jual dalam shopee).. huhu... enuf said.

Ok, berbalik pada cerita jual barang China ni, sebenarnya ramai yang dah mula menjual barang2 dari negara tu. Bayangkan, apa sahaja barang yang kita jumpa di Internet, kita boleh jumpa di website China tu. Tak kisahlah samada dari brand yang sama, atau jenis barang yang sama, samada Original atau pun Ori-China (sebutan oricina seakan2 original). HEEE.

Khabarnya ada satu website rahsia (Rahsia la sangat!) yang menjadi lubuk penjual2 yang menjual di platform seperti Shopee, Lazada, 11Street, Mudah.my, social media, group whatsapp, telegram, blog2, webstore dan bermacam2 lagi la di luar sana. Hampir semua barang2 itu datangnya dari China. I did say "hampir semua".  So APA RAHSIANYA?? apa nama website yang dimaksudkan tu?
Apalagi kalau bukan TAOBAO. Website ini adalah lubuk peniaga2 yang baru berjinak untuk menjual barang2 di platform2 webstore. Ada lagi selain TAOBAO, tp kali ni aku nak fokus taobao je.

Apa itu TAOBAO?

Malas nak cakap banyak, secara ringkasnya ianya adalah satu syarikat milik Alibaba Group Holding Limited. Dan ya, Lazada juga katanya milik mereka sekarang. Opsss..  Dengan product listing yang sudah mencecah 1billion, tidak mustahil kita boleh jumpa pelbagai product diluar sana di Taobao. Login je website Taobao, search guna gambar atau keyword, dan boleh jumpa product yang kita nak cari tu!! As easy as that.. Dan tu belum lagi masuk cara beli barang di Taobao, cara untuk menghantarnya ke Malaysia, dan bagaimana untuk menjual produk di Tabao melalui webstore Shopee. Itu yang paling utama.  

Bagaimana Untuk Membeli Barang dari TAOBAO dan menjualnya di Shopee?

Sebelum tu, perlu la set-up dulu akaun Shopee. Kalau tak ada lagi, klik link posting aku sebelum ni di bawah.


 Bagi yang dah ada akaun shopee, boleh cuba pula daftar akaun Taobao. Bagi yang nak tau cara untuk daftar akaun TAOBAO, boleh download EBOOK  PERCUMA dibawah ni.  Ya, ianya percuma, takyah nak beli ebook mana2 pon untuk belajar daftar akaun TAOBAO. KLIK LINK DIBAWAH UNTUK DAPATKAN EBOOK.

Bagaimana untuk membuat menjual barang dari Taobao di Shopee ?





Setelah anda setup akaun Taobao, anda perlu tau pula cara untuk MEMBELI dan MENGHANTAR produk yang dibeli dari Taoboa itu ke Malaysia.  Ada 3 Langkah ringkas:-

Langkah 1 - Beli barang dari Seller Taobao. Kemudian seller akan menghantar barang anda ke Gudang Logistic.
Langkah 2 - Di gudang, Forwarder Logistic akan courier barang ke Malaysia.
Langkah 3 - Semak status dan Logistik barang. Ok, sekarang kita buat satu contoh.

Step awal ialah kita cari 1 barang yang kita nak jual di malaysia tu di Taobao. Katakanlah korang dah buat reaserch 1 barang yang boleh dapat permintaan bermusim kat malaysia ni. Ambil contoh produk yang pernah viral sebelum ni, Portable Mini Projector. Memandangkan website Taobao tu berbahasa cina, kita perlu translate keywords yang kita nak search tu dalam bahasa cina. Caranya, guna Google Translator. Mudah kan?

 

Step kedua, login ke akaun Taobao anda untuk buat pencarian. Kemudian copy keywords dalam bahasa cina dan paste di ruangan search. Tekan enter.
 

ATAU, anda boleh search guna gambar. Itu lagi mudah. Tekan ikon camera upload gambar produk yang anda nak cari tu. Kemudian tekan enter.


 
Sekiranya jika anda dapat listing selain barang yang anda kehendaki jika search menggunakan gambar, anda boleh pilih kategori yang berkaitan gambar yang anda search tu (lihat gambar dibawah). Dalam kes ni, saya pilih kategori "digital".

PENTING::: Jangan lupa translate page itu dalam bahasa yang anda faham, english atau BM. Right-click di mana dalam page dan pilih "Translate to English".

   
Setelah anda search, listing produk yang berkaitan akan terpapar di skrin. Anda bolehlah pilih mana yang agak2 murah untuk anda jual di Shopee. Contohnya, saya jumpa produk berharga 299yuan. (lihat rajah). Harga tersebut setelah di convert bernilai RM180. Tu bukan harga jual di Shopee, tapi harga kos. Next, klik link produk 299yuan tu.

   
Anda akan dibawa ke page produk yang anda klik tadi. Sekiranya anda ingin konfem untuk beli, setkan kuantiti dan klik "Buy Now".


Setelah klik buy now, pilih alamat rumah yang telah anda masukkan semasa pendaftaran tadi dan pilih "Post Directly"(penghantaran terus)  ke rumah (rujuk gambar). Dalam kes ni, jumlahnya 68yuan. Jika anda ingin menggunakan logistic lain atau Logistic pilihan anda, itu nanti akan aku citer dalam posting yang lain.. Berbalik kepada "pos directly" tadi, lihat jumlah dan klik "submit" untuk pembayaran.

 


Tiba masa untuk buat pembayaran. Di Taobao, pembayaran boleh dilakukan menggunakan matawang Malaysia dan boleh menggunakan mana2 bank di Malaysia. Selepas klik submit tadi, boleh buat pilihan pembayaran samada menggunakan online Banking Malaysia atau menggunakan Kad Kredit. (lihat 2 gambar dibawah)

Pilihan Pembayaran Menggunakan Malaysia E-banking


Pilihan pembayaran menggunakan Kad Kredit


Sekiranya telah membuat pilihan pembayaran sebagai contoh menggunakan Malaysia E-banking, skrin berikutnya boleh buat pilihan Bank yang anda ada. Isikan email dan no telefon diikuti dengan Klik "Confirm & Pay".



 
Kemudian kita tunggu untuk seller pos produk yang kita beli tadi. Apabila seller dan pos, akan keluar makluman "seller shipped". Biasanya kita akan terima notifikasi melalui email dan kita boleh semak di Taobao. Ataupun, kebiasaannya seller akan pos produk tu dalam masa 24jam dan akan terpapar info di Taobao juga. Boleh semak sendiri.
 

Proses berikutnya pula adalah bagaimana untuk melihat status penghantaran dari China ke Malaysia. Lihat pada skrin info penghantaran, klik "view logistic" (rujuk gambar dibawah) untuk tahu status parsel anda.

   
Anda akan nampak status barang anda. Bermula dari seller shipped sehingga anda terima nanti di Malaysia.


    

Akhirnya, kita telah ada READY STOCK barang yang kita dapat tu boleh di jual di Shopee.

Berapa harga yang perlu kita letak didalam Shopee pula? 

Itu terpulang kepada anda semua tentang berapa harga yang perlu diletak. Ada yang akan ambil 30%, ada juga yang membuat perbandingan harga produk yang sama dahulu di tempat lain sebelum set dan markup harga. Itu semuanya terpulang kepada anda semua.  Begitulah cara bagaimana ada seller yang menjual barang dari Taobao di dalam Shopee atau dalam webstore2 yang lain.

Untuk dapatkan kos pos dari China Malaysia dengan lebih mudah, anda juga boleh menggunakan website logistic lain untuk buat pembayaran dan pengeposan. Anda boleh guna khidmat dari website berikut;-

1. Yes Logistic -  https://www.yeslogistics.com.my/
2. Ong2u - http://www.ong2u.com
3. Eazy La - http://eazyla.com/

Caranya mudah, ada search produk di Taobao terlebih dahulu, kemudian bila dah jumpa produk yang dikehendaki tu, just copy link product tersebut dan paste link didalam salah satu website diatas tu. Seterusnya, ikuti langkah2 yang diberitahu dalam web tersebut untuk tujuan pembayaran.

Ada web yang memerlukan anda topap sejumlah amaun dulu sebelum guna. Tak mengapa sebab postage yang digunakan agak murah sedikit, malah ada yang menggunakan perkhidmatan Poslaju.

Bagaimana pula untuk PRE-ORDER barang dari China?

Ha.. Ini satu skill yang mana ada seller yang tidak menyimpan stok tetapi telah menerima order di Shopee, terus membuat pembelian dari Taobao dan di Pos terus ke pelanggan.. Pre-order, itu adalah kemudahan yang ada didalam website shopee yang ramai masih belum cuba untuk gunakannya.

Katakan penghantaran barang dari China ke Malaysia mengambil masa lebih kurang 14 hari melalui Udara. Kita boleh ambil set masa pre-order dalam 2 - 3 minggu (21hari) bagi barang sampai ke tangan pelanggan. Nampak gambarannya sekarang? 

Till then.. #adieu